DJ Syafiq Zulakifli (Penasihat - Cerpen/Puisi/Penyiaran)


SYAFIQ ZULAKIFLI berasal dari negeri Johor Darul Takzim – mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Mula melibatkan diri di dalam penulisan sekitar tahun 2005 di bawah bimbingan Kem Latihan Penulis (KELAP) Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.
Menyertai Bengkel Musim Panas Karyawan Muda Luar Negara pada tahun 2007 di bawah bimbingan Puan Zaharah Nawawi, Dr Faisal Tehrani, dan Puan Nisah Haron.
Pernah memenangi Hadiah Saguhati Sayembara Penulisan Cerpen Jawi Anjuran Perpustakaan Negara Malaysia. Selain daripada itu, karya-karya beliau diterbitkan melalui penulisan cerpen dan puisi di akhbar Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Tunas Cipta dan beberapa majalah eceran yang lain.
Di antara karya cerpen dan puisi yang diterbitkan adalah, Hadiah Untuk Ustaz, Warkah Dari Medan Seni, Tuan, Ini Untuk Kamu, Rahsia Sebuah Merdeka, Kalau Umi Ada Di Sisi, Bukan Yatim Gaza dan Ramadan Terakhir di Kaherah.
Selain daripada itu, banyak lagi karya-karya puisi yang diterbitkan antaranya, Tafakur di Mimbar Makam Imam Syafie, Kubur Kita Lain-Lain, Suara Hijrah, Senyuman Nakhoda Yang Ditinggalkan, Nur Dari Kitabullah dan banyak lagi.
Di dalam dunia kewartawanan, pernah berkhidmat sebagai editor di PTS Media Group juga membuat liputan sebagai wartawan ke bumi Gaza, Palestin –juga Mekah dan Madinah, Arab Saudi tidak ketinggalan London dan Greece.
Pernah mengacarakan rancangan bual bicara “Assalamualaikum” di TVAlhijrah juga kini sebagai Penyampai/ DJ Radio di IKIMfm.
Sekarang bertugas sebagai Penerbit Rancangan Radio IKIMfm.


No comments:

Post a Comment