Iwan Ghazali yang turut dikenali sebagai Iwan Reaz,
merupakan nama pena kepada penulis Ridzuan Mohd Ghazali yang berasal dari
Kajang. Berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Sains
Aktuari) di Temple University, Philadelphia, Amerika Syarikat. Kini, bertugas
sebagai eksekutif latihan di agensi berita Malaysia.
Mula berjinak-jinak dalam dunia penulisan kreatif dengan
menyertai pertandingan menulis esei yang dianjurkan pihak sekolah. Novel
pertama yang diterbitkan adalah Melodi Hati oleh Telaga Biru pada tahun 2009.
Pada tahun 2011, novel Hazim, Aizat & Muzik pula diterbitkan oleh Galeri
Ilmu dan diikuti dengan novel Brr Sejuknya Salji pada tahun 2012. Dua buah
novel berjaya diterbitkan serentak pada tahun 2013 apabila novel Goodbye New York
dan Diari Untuk Ibu dicetak menjelang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
Masing-masing diterbitkan oleh Galeri Ilmu dan Karangkraf.
Selain menulis novel, tahun 2013 juga menyaksikan
penglibatan Iwan sebagai kolumnis muda di ruangan Jelajah Alam dalam majalah Gen-Q terbitan Telaga Biru.
Menjadikan pengalaman belajar di luar negara sebagai satu inspirasi, Iwan
berkongsi pelbagai kisah yang boleh dijadikan pengajaran kepada pembaca melalui
kolum berkenaan.
Koleksi novel karya Iwan Reaz/Iwan Ghazali |
2013
-Goodbye New York (novel)
- Diari untuk Ibu (novel)
-Di Hadapan Mata (cerpen)
-Naskhah Mimpi (puisi)
2012
- Brr Sejuknya Salji (novel)
-Ilusi Philly (buku travelog)
-Sedingin Salju (lirik lagu)
-Senja Di Philly (cerpen)
-Mencium Alam (puisi)
-Melanting Maghfirat (puisi)
-Amarah (puisi)
2011
-Hazim, Aizat & Muzik (novel)
2009
- Melodi Hati (novel)
-Itulah Impianku (lirik lagu)