Shahkang merupakan
nama pena bagi Norshah Aizat bin Shuaib. Lahir tanggal 29 Mac 1989, anak kelahiran
Kangar, Perlis ini merupakan pelajar Kejuruteraan mekanikal di University of
Manchester, United Kingdom. Selain tersiar di pelbagai media seperti Mingguan
Malaysia, Berita Minggu, Tunas Cipta, dan sebagainya, karya-karya beliau pernah
memenangi Tempat Pertama Pertandingan Cerpen Bulan Bahasa
Kebangsaan 2010 peringkat Putrajaya, Tempat kedua Sayembara Puisi Islam GKLN
2009, Hadiah Saguhati Hadiah Sastera
Berunsur Islam ke-13 (HSBI) kategori cerpen, Saguhati Sayembara Cerpen Hari
Belia 2011 peringkat kebangsaan, Finalis Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU)
2010 kategori cerpen, Tempat pertama Pertandingan Cerpen sempena Bulan Bahasa
2008 peringkat Kolej MARA Banting, dan Tempat pertama Pertandingan Menulis
Puisi sempena Maulidur Rasul 1430 H Kolej MARA Banting. Skrip dramanya berjudul
‘Perindu Bulan’ dipentaskan di perhimpunan musim sejuk JUMS 2011 di United
Kingdom selain merupakan penggerak utama Grup Karyawan Luar Negara di United
Kingdom. Beliau yang juga ahli Kelab Penulis Zaharah Nawawi dan Persatuan
Penulis Nasional (PENA) ini pernah menyelenggarakan antologi puisi Juzuk (2010)
dan Tram Ke Pintu Syurga (2012) selain menjadi penceramah jemputan untuk
perkongsian dan penghayatan Malay A1 Kolej MARA Seremban (2009-2011) dan Kolej
MARA Banting (2011). Pada Julai 2011, beliau juga telah menyertai Pertemuan
Penyair Nusantara ke-5 , Palembang, Indonesia. 'Soya Ais Peneram Madu' merupakan kumpulan cerpennya yang pertama.