Sunday, July 21, 2013

STRUKTUR ORGANISASI GRUP KARYAWAN LUAR NEGARA

ORGANISASI PENGURUSAN:

Kegiatan GKLN diuruskan oleh satu badan penasihat yang diketuai oleh Ketua Penasihat dan Timbalannya. 

KETUA PENASIHAT : Fahd Razy
TIMBALAN KETUA PENASIHAT : Rebecca Ilham

BADAN PENASIHAT
        1)      Norshah Aizat Shuaib (Shahkang)
        2)      Hazwan Ariff Hakim
        3)      DJ Syafiq Zulakifli
        4)      Muhammad Syurkri Rosli (Muhammad Teja)
        5)      Iwan Ghazali (Iwan Reaz)
        6)      Nuraini Ruzi (Thoyba Mursyidah)

-         *Penasihat akan dilantik oleh Ketua dan Timbalan Ketua Penasihat.
-         * Semua AHLI TETAP layak menjadi penasihat jika menepati kriteria yang ditetapkan oleh Ketua  dan Timbalan Ketua Penasihat serta dipersetujui oleh Ahli Badan Penasihat yang lain.
-           
      KRITERIA UTAMA PENASIHAT: Menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi dalam penulisan ataupun bidang yang berkaitan (contoh: editorial/penyiaran/kewartawan/kritikan dan sebagainya) serta mempunyai pencapaian yang memberangsangkan serta dirasakan wajar menjadi ikutan kepada ahli-ahli yang lain. Pencapaian tersebut adalah subjektif (tetapi mestilah konkrit dan boleh dinilai) mengikut penilaian Badan Penasihat, misalnya dalam bentuk penerbitan karya persendirian, pencapaian dalam hadiah sastera/sayembara, serta penghasilan karya eceran dengan mutu dan kualiti yang signifikan.
-        
          *  Penasihat bertanggungjawab memberi bimbingan, sokongan, panduan, dan galakan kepada ahli GKLN khasnya dalam penulisan. Penasihat juga akan membincangkan isu-isu berkaitan GKLN (aktiviti, dana, penerbitan, dan sebagainya) serta membantu dalam mencapai satu-satu keputusan yang dibuat oleh Ketua dan Timbalan Ketua Penasihat.
-        * Penasihat bukanlah Ahli Jawatankuasa pelaksana tetapi boleh dilantik sebagai AJK pelaksana. Penasihat bertanggungjawab menubuhkan ahli jawatankuasa dalam melaksanakan aktiviti tertentu (contoh: penyelenggara antologi, AJK pelaksana bengkel, dan sebagainya.)
-        *  Ketua Penasihat dan Timbalan Ketua Penasihat mempunyai kuasa muktamad dalam memutuskan sebarang keputusan setelah mengadakan perbincangan dengan Badan Penasihat.



ORGANISASI KEAHLIAN
 Terdapat 3 jenis keahlian dalam GKLN

AHLI TETAP
Syarat-syarat ahli tetap:
1)      Mengisi borang keahlian GKLN
2)      Menyertai Facebook Group: Grup Karyawan Luar Negara
3)      Telah pulang dari luar negara (contoh: tamat belajar)
4)      Pernah menyertai GKLN (contoh: sebagai Ahli Semasa) sewaktu berada di luar negara serta menunjukkan minat dalam penulisan. Walaubagaimanapun syarat ini (iaitu sebarang pengecualian) tertakluk kepada budi bicara para penasihat.
5)      Membayar yuran keahlian sebanyak RM50 (sekali seumur hidup)
6)      Ahli Tetap yang sudah disahkan keahlian akan diberi Kod Keahlian : Contoh GKLN 0001
7)      Ahli Pelapis (dalam program persediaan) dan Ahli Semasa (sedang belajar di luar negara) boleh mendaftar sebagai Ahli Tetap, dan hanya perlu mengemaskini maklumat (alamat, no telefon, dan tempat bekerja) setelah pulang ke Malaysia (tanpa perlu membayar yuran lagi).
8)      Ahli Tetap boleh menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan GKLN (sekiranya dibuka penyertaan untuk Ahli Tetap) seperti sayembara, bengkel, antologi, dan sebagainya. Beberapa keistimewaan seperti diskaun dan kuota khas dalam penyertaan aktiviti akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengikut persetujuan jawatankuasa yang melaksana.
9)      Ahli Tetap yang menunjukkan minat, potensi, dan pencapaian yang memberangsangkan akan dilantik sebagai Penasihat GKLN.


AHLI SEMASA
1)      Ahli Semasa merupakan ahli GKLN yang SEDANG berada di luar negara (contoh: belajar atau bekerja) dan BELUM mendaftar sebagai Ahli Tetap.
2)      Syarat-syarat Ahli Semasa:
-          Masih berada di luar negara
-          Menyertai Facebook Group : Grup Karyawan Luar Negara
-          Ahli-ahli persatuan / kumpulan yang diperakui dan bekerjasama dengan GKLN (contoh: Ikatan Penulis Mahasiswa IPEM dan Kelab Penulisan Irbid) juga dianggap Ahli Semasa dan layak menyertai aktiviti GKLN atas kapasiti Ahli Semasa. Walaubagaimanapun, mereka digalakkan untuk menyertai Facebook Group GKLN.
-          Tiada yuran penyertaan
-          Ahli Semasa digalakkan mendaftar sebagai Ahli Tetap terutamanya apabila pulang ke tanah air bagi membolehkan mereka terus menyertai dengan aktiviti GKLN. Ahli yang pulang ke Malaysia tetapi tidak berdaftar dianggap keahliaannya telah luput.
3)      Ahli Semasa layak menyertai aktiviti-aktiviti GKLN yang ditetapkan untuk Ahli Semasa (contoh: Sayembara mengikut zon benua)


AHLI PELAPIS
Syarat-syarat Ahli Pelapis
1)      Mengikuti program persediaan ke luar negara di mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan
2)      Menyertai Facebook Group: Grup Karyawan Luar Negara.
3)      Tiada borang khas atau yuran penyertaan diperlukan.
4)      Ahli Pelapis layak menyertai aktiviti-aktiviti GKLN yang ditetapkan untuk Ahli Pelapis.