Rebecca Ilham (Timb Ketua Penasihat - Cerpen/Novel/Kajian)

Rebecca Ilham merupakan pseudonim Hazwani binti Rameli. Merupakan Timbalan Ketua Penasihat Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) dan merupakan salah seorang moderator GKLN Cawangan Amerika Syarikat. Berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kejuruteraan Petroleum) dengan pengkhususan kedua dalam Ekonomi dan Perniagaan di Colorado School of Mines (Class of 2009). Pernah memenangi tempat kedua dalam Pertandingan Menulis Esei Berunsur Sejarah Peringkat Negeri Pulau Pinang pada tahun 2000. Cerpen-cerpen Rebecca Ilham pernah disiarkan dalam akhbar Berita Harian dan Mingguan Malaysia, majalah Dewan Sastera, Dewan Budaya, Tunas Cipta, Dewan Siswa, Dewan Kosmik dan Sastera.net serta antologi cerpen terbitan GKLN: Jalan Jauh ke Ramallah dan Mengemis di Kota Larangan. Kumpulan cerpen persendirian Rebecca, Kimono Ungu Bersulam Bunga, telah diterbitkan oleh Ameen Books pada bulan Mei 2010.Novel pertamanya, Bumi Lestari, memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) tahun 2010. Hazwani bertugas sebagai jurutera petroleum di ibu negara dan turut melanjutkan pengajian dalam program Sarjana Sastera (Kesusasteraan Melayu).





2013
Cerpen Eceran
  • Anatomi Sekeping Hati II (Mingguan Malaysia; 7 April 2013)
Kumpulan Cerpen
  • Hujan Hujung Januari (Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM); Februari 2013)  
2012
  • Cerpen Eceran
  • Kerana Aku Seorang Perempuan [Harmoni; 15 - 31 Januari 2012]
  • Bentuk dan Makna [Berita Minggu; 5 Februari 2012]
  • Sukmanya Terkubur di Fallujah [Harmoni; 1-15 April 2012]
  • Hujan Hujung Januari [Dewan Sastera; Jun 2012] 
  • Cikgu Najwa [Wadah Siswa; Bil. 03, 2012] 
  • Anatomi Sekeping Hati [Mingguan Malaysia; 30 September 2012] 

Artikel

  • Pak Samad (Dari Jauh) [Pak Samad di Mata Kami (susunan Rahimidin Zahari); ITBM, 2012]
  • Menghidupkan Kembali Tradisi Kritikan Sastera di Malaysia [Pentas, Jil. 7 Bil. 1; Januari - Mac 2012]
  • Siti Zainon - Nisah: Suara Dua Generasi [Buletin ITBM; Edisi 2012. Bil. 4] 
  • Makna Diri Menjambatani Penulis Lama dan Penulis Muda [Tunas Cipta; Jun 2011] 
  • Bahasa Sebagai Titik Temu Sains dan Sastera [Dewan Sastera; September 2012]
  • Kisah Pelukis Catan Halus [Mingguan Malaysia; 9 September 2012] 
  • Feminisme dalam Tak Seindah Impian [Mingguan Malaysia; 4 November 2012]
  • Suara Perpaduan Sasterawan - Palestin [Dewan Sastera; November 2012] 
  • Sebuah Dunia Realisme Magis [Mingguan Malaysia; 30 Disember 2012]

Kolum
  • Pelajar Yang Baik Tunas Insan Yang Baik [Wadah Siswa; Bil 02 2012]
  • Jom Belajar! [Wadah Siswa; Bil 03, 2012]

Puisi
  • Teh [Antologi Puisi Sempena 50 Tahun PENA: Takah Lima Puluh; PENA]
  • Nostalgia [Antologi Puisi Sempena 50 Tahun PENA: Takah Lima Puluh; PENA]
2011
Cerpen Eceran
  • Reformasi Ala Amerika [Dewan Sastera, April 2011]
  • Wilayah Transisi [Pelita Bahasa, April 2011]
  • Madihah - Medea [Berita Minggu, 8 Mei 2011]
  • Gadis dari Grozny [Tunas Cipta, Ogos 2011]

Artikel
  • Surat Pembaca: Kepentingan Modal Insan [Dewan Masyarakat, Mac 2011]
  • Di Mana Malaysia-nya Siti? [Pentas, Jil. 6 Bil. 1, Januari - Mac 2011]
  • Perlukah Teater (Muzikal) Biografi? [Pentas, Jil. 6 Bil. 2, April - Jun 2011]
  • Kedai Buku Semuanya Sama? [Suara Orang Seni, Oktober 2011]
  • Mencari Keseriusan Tiara/Nora [Pentas, Jil.6 Bil. 4, Oktober - Disember 2011]

Novel
  • Bumi Lestari [Tempat Kedua Kategori Novel Remaja, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010]

2010
1. Cerpen Eceran
  • Ligamen Luka di Timur Tengah [Berita Harian, 31 Januari 2010]
  • Harapan di Hujung Secebis Doa [Dewan Siswa, Februari 2010]
  • Momiji Musim Rontok [Berita Minggu, 25 April 2010]
  • Dialog Subuh [Mingguan Malaysia, 23 Mei 2010]
  • Seribu Burung Jenjang [Tunas Cipta, Ogos 2010]
  • Antara Dua Kaligrafi [Dewan Budaya, Ogos 2010]
  • Citra Venezia [Mingguan Malaysia, 12 Disember 2010]
2. Kumpulan Cerpen
  • Kimono Ungu Bersulam Bunga [Ameen Books, Mei 2010]
3. Artikel
  • Bicara Tunas: Menulis Kerana Terpaksa! [Tunas Cipta, Februari 2010]
  • Asy-Syura: Menterjemah Pembelajaran di Kelas ke Pentas Praktik [Pentas, Julai - September 2010]
2009
Cerpen Eceran
  • Perca-Perca Cinta Untuk Palestin [31 Januari 2009]
  • Kimono Ungu Bersulam Bunga [Mingguan Malaysia, 3 Mei 2009]
  • Angin Pada Mekar Kuntum Sakura [Berita Harian, 22 Ogos 2009]
  • Jus Soli Jus Sanguinis [Tunas Cipta, Oktober 2009]
  • Fajar Sidik di Sierra Morena [Sastera.Net Edisi 7, November 2009]
  • Protokol Cinta [Dewan Sastera, Disember 2009]

2008
Cerpen Eceran
  • Di Bawah Langit Manchester [Dewan Siswa, Januari 2008]
  • Wira [Antologi Cerpen GKLN: Mengemis di Kota Larangan, Julai 2008]
  • Senja-Senja Brasilia [Mingguan Malaysia, 27 Julai 2008]
  • Puing Derita Bosnia-Herzegovina [Berita Harian, 2 Ogos 2008]
  • Yang Aneh Itu Lelaki [Dewan Kosmik, September 2008]

2007
Cerpen Eceran
  • Langit Lazuardi [Berita Minggu, 27 Mei 2007]
  • Jalan Jauh ke Ramallah [Antologi Cerpen GKLN: Jalan Jauh ke Ramallah, Ogos 2007]
  • Mencari Tuhan di Celahan Cambrian [Berita Minggu, 25 November 2007]
  • Menjadi Naurah [Sastera.Net Edisi 5, Disember 2007]