ORGANISASI PENGURUSAN:
Kegiatan GKLN diuruskan oleh satu badan penasihat yang diketuai oleh Ketua Penasihat dan Timbalannya.
KETUA PENASIHAT : Fahd Razy
TIMBALAN KETUA PENASIHAT : Rebecca Ilham
BADAN PENASIHAT
1)
Norshah Aizat Shuaib (Shahkang)
2)
Hazwan Ariff Hakim
3)
DJ Syafiq Zulakifli
4)
Muhammad Syurkri Rosli (Muhammad Teja)
5)
Iwan Ghazali (Iwan Reaz)
6)
Nuraini Ruzi (Thoyba Mursyidah)
- *Penasihat akan dilantik oleh Ketua dan Timbalan
Ketua Penasihat.
- *
Semua AHLI TETAP layak menjadi penasihat jika
menepati kriteria yang ditetapkan oleh Ketua dan Timbalan Ketua Penasihat serta
dipersetujui oleh Ahli Badan Penasihat yang lain.
-
KRITERIA UTAMA PENASIHAT: Menunjukkan minat dan
komitmen yang tinggi dalam penulisan ataupun bidang yang berkaitan (contoh:
editorial/penyiaran/kewartawan/kritikan dan sebagainya) serta mempunyai pencapaian
yang memberangsangkan serta dirasakan wajar menjadi ikutan kepada ahli-ahli
yang lain. Pencapaian tersebut adalah subjektif (tetapi mestilah konkrit dan
boleh dinilai) mengikut penilaian Badan Penasihat, misalnya dalam bentuk
penerbitan karya persendirian, pencapaian dalam hadiah sastera/sayembara, serta
penghasilan karya eceran dengan mutu dan kualiti yang signifikan.
-
*
Penasihat bertanggungjawab memberi bimbingan,
sokongan, panduan, dan galakan kepada ahli GKLN khasnya dalam penulisan.
Penasihat juga akan membincangkan isu-isu berkaitan GKLN (aktiviti, dana,
penerbitan, dan sebagainya) serta membantu dalam mencapai satu-satu keputusan
yang dibuat oleh Ketua dan Timbalan Ketua Penasihat.
- *
Penasihat bukanlah Ahli Jawatankuasa pelaksana
tetapi boleh dilantik sebagai AJK pelaksana. Penasihat bertanggungjawab
menubuhkan ahli jawatankuasa dalam melaksanakan aktiviti tertentu (contoh:
penyelenggara antologi, AJK pelaksana bengkel, dan sebagainya.)
- *
Ketua Penasihat dan Timbalan Ketua Penasihat
mempunyai kuasa muktamad dalam memutuskan sebarang keputusan setelah mengadakan
perbincangan dengan Badan Penasihat.
ORGANISASI KEAHLIAN
Terdapat 3 jenis keahlian dalam GKLN
AHLI TETAP
Syarat-syarat ahli tetap:
1)
Mengisi borang keahlian GKLN
2)
Menyertai Facebook Group: Grup Karyawan Luar Negara
3)
Telah pulang dari luar negara (contoh: tamat
belajar)
4)
Pernah menyertai GKLN (contoh: sebagai Ahli Semasa)
sewaktu berada di luar negara serta menunjukkan minat dalam penulisan.
Walaubagaimanapun syarat ini (iaitu sebarang pengecualian) tertakluk kepada
budi bicara para penasihat.
5)
Membayar yuran keahlian sebanyak RM50 (sekali
seumur hidup)
6)
Ahli Tetap yang sudah disahkan keahlian akan
diberi Kod Keahlian : Contoh GKLN 0001
7)
Ahli Pelapis (dalam program persediaan) dan Ahli
Semasa (sedang belajar di luar negara) boleh mendaftar sebagai Ahli Tetap, dan
hanya perlu mengemaskini maklumat (alamat, no telefon, dan tempat bekerja)
setelah pulang ke Malaysia (tanpa perlu membayar yuran lagi).
8)
Ahli Tetap boleh menyertai aktiviti-aktiviti
yang dianjurkan GKLN (sekiranya dibuka penyertaan untuk Ahli Tetap) seperti
sayembara, bengkel, antologi, dan sebagainya. Beberapa keistimewaan seperti
diskaun dan kuota khas dalam penyertaan aktiviti akan dimaklumkan dari semasa
ke semasa mengikut persetujuan jawatankuasa yang melaksana.
9)
Ahli Tetap yang menunjukkan minat, potensi, dan
pencapaian yang memberangsangkan akan dilantik sebagai Penasihat GKLN.
AHLI SEMASA
1)
Ahli Semasa merupakan ahli GKLN yang SEDANG berada di luar negara (contoh:
belajar atau bekerja) dan BELUM
mendaftar sebagai Ahli Tetap.
2)
Syarat-syarat Ahli Semasa:
-
Masih berada di luar negara
-
Menyertai Facebook Group : Grup Karyawan Luar
Negara
-
Ahli-ahli persatuan / kumpulan yang diperakui
dan bekerjasama dengan GKLN (contoh: Ikatan Penulis Mahasiswa IPEM dan Kelab
Penulisan Irbid) juga dianggap Ahli Semasa dan layak menyertai aktiviti GKLN
atas kapasiti Ahli Semasa. Walaubagaimanapun, mereka digalakkan untuk menyertai
Facebook Group GKLN.
-
Tiada yuran penyertaan
-
Ahli Semasa digalakkan mendaftar sebagai Ahli
Tetap terutamanya apabila pulang ke tanah air bagi membolehkan mereka terus
menyertai dengan aktiviti GKLN. Ahli yang pulang ke Malaysia tetapi tidak
berdaftar dianggap keahliaannya telah luput.
3)
Ahli Semasa layak menyertai aktiviti-aktiviti
GKLN yang ditetapkan untuk Ahli Semasa (contoh: Sayembara mengikut zon benua)
AHLI PELAPIS
Syarat-syarat Ahli Pelapis
1)
Mengikuti program persediaan ke luar negara di
mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan
2)
Menyertai Facebook Group: Grup Karyawan Luar
Negara.
3)
Tiada borang khas atau yuran penyertaan diperlukan.
4)
Ahli Pelapis layak menyertai aktiviti-aktiviti
GKLN yang ditetapkan untuk Ahli Pelapis.